Monday, 22 June 2009

New found Haven

Oke, sekarang aku nak cerita pasal pengalaman jakun aku yang tak pernah pegi pulau. Dan Pulau Langkawi atau Pulau Pinang tak termasuk oke. Ini pulau. PULAU. Pulau yang lautnya jernih sampai kau boleh nampak dasar, biru kehijauan sampai kau yang tak reti berenang pun tetap rasa nak terjun dalam air. Ini pulau. Pulau yang pasir dia putih takde sampah macam kat port dickson atau Melaka. Ini pulau. Haha jengkel je.

Oleh sebab jadual exam sangat jengkel (7 hari 6 paper) yang langsung takde gap, aku dan kawan-kawan buat rancangan aktiviti lepas exam. Kira-kira macam nak bagi semangat menempuhi paper yang gila la. Mula-mula nak pegi camping kat Taman Negara. Sumpah semangat tengok website semua. Tapi nak penghujung exam tu, rancangan kami semacam nak kecundang. Masalah utama, mestilah sebab skoler tak masuk lagi!!

Aku dah mula nak tacing sebab tak dapat nak melancong. Dah la ni percutian terakhir sebelum intern(kononnya). Tapi aku sayang kawan-kawan aku! walaupun sempit sikit duitnya, kitorang memutuskan nak pergi Terengganu. Hee. Aku balik KL campak barang kat rumah pastu dengan penoh bergaya bersama backpack aku naik bas ke KT.

Mesti macam tak logik kan?Kate takde duet tapi macamane boleh pergi pulau? Rahsia kejayaan ialah PCS kawan-kawan! Itulah gunanye persuassive presentation. Dalam group PCS aku adelah sorang bro ni yang bapaknya tokey chalet kat Pulau Redang. Nais kan. Jadi kami 5 gadis dapat pakej paling awesome untuk 3 hari 2 malam.

Pemandangan Redang tu..
Tak terkata seronok dia. Benda pertama yang kau akan perasaan bila sampai pulau tu ialah pasir dia sebenarnya. Sangat halus dan gebu. Sangat halus sampai boleh masuk liang-liang baju kau. Macam tepung gandum, tapi coklat sikit la. Air dia ya Allah, baru kau nampak besar mana kuasa Tuhan tu oke. Oleh sebab masa tu bukan cuti sekolah lagi, dan memang tak ramai orang dekat chalet tu, kitorang 5 gadis ni dapat lifeguard sorang satu. Sumpah nais sebab diorang memang akan bawak kau jelajah laut tu. Selalunya untuk 3 hari 2 malam dapat snorkelling 3 kali je. Tapi sebab kamceng (dan mungkin sebab kitorang gadis) kitorang bersnorkel 5 kali. Siap boleh belaja diving lagi kat tengah laut. (Oke, diving tak seronok mana sebab lagi dalam kau selam lagi pekak telinga kau) Benda paling mencabar lah tu aku pernah buat. Tengah-tengah laut bukak lifejacket dan dengan toyanya menyelam. Dan perlu diingatkan aku tak reti berenang. TAK RETI. hahahah. Ade kawan aku jumpa jerung. Kalau anak jerung memang selalu boleh jumpa. Tapi ni mak dia. Yang tu ngeri sikit. Kalau sesiapa nak pergi sana, tolong ajak aku. Nak pergi lagi!!

Eksaited #1

Eksaited #2

panorama pagi #1

panaroma pagi #2
lifeguard yang kamceng

aku dah cakap biru!

ha amek kau biru lagi!

BIRU okey! Oke yang manusia berdua tu sila abaikan.

tak mandi #1

bajet #1
bajet #2

wahh!monsterrr!
Aku sebenarnya nak letak banyak lagi. Tapi langsung tak PG-13 kalau letak. Maaf.

3 mambles rambles:

Zuriani Y. said...

tak ajak

bijen moretti said...

biru tu photoshop jer lebih..
mwahahak..

Syaza said...

cis.mane datang photoshop.wekkk